Your Ad Here

Friday, September 12, 2008

Jika Sayangkan Bangsa Sendiri !

"Jika sayangkan bangsa Sendiri" menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini kerana penulis mendapati dewasa ini bangsa kita sudah tidak sayang bangsanya sendiri. Penulis bukan bercakap atas dasar perkauman dan juga cuba 'menegakkan benang yang basah' tetapi sebagai seorang yang sayang bangsa sendiri yang pernah dipijak suatu masa dulu membuatkan penulis merasa bertanggungjawab untuk membicarakan "Jika sayangkan bangsa sendiri".

"Jika sayangkan bangsa sendiri" satu ungkapan yang mudah diungkap tetapi sukar dilaksanakan bukan kerana bangsa lain tetapi kerana bangsa kita sendiri. Tanya pada diri anda "Adakah anda sayang bangsa sendiri" Jika ya "Apakah tindakan anda membuktikan anda sayangkan bangsa sendiri?".

"Jika sayangkan bangsa sendiri, kita hendalah membela bangsa kita sendiri bukanya menghukum bangsa kita sendiri dan janganlah memijak bangsa kita sendiri dek kerana bangsa lain"
yiemega
Penulis Blog PTRH

Tindakan yang dikenakan Oleh UMNO terhadap Datuk Ahmad Ismail kerana kenyataanya yang dimanipulasi oleh media yang membawa kepada beliau dituduh "Perkauman" dan kemudianya atas ARAHAN PRESIDEN AAB bukanlah satu tindakan yang bijak, dan tindakan ini boleh diumpamakan seperti menzalimi bangsa sendiri atau dengan kata lain bangsa yang memijak bangsanya sendiri demi kuasa.

Sepertimana kenyataan penulis yang disenarai merah sepertimana di atas, jika sayangkan bangsa sendiri kita hendaklah membela bangsa kita sendiri dan janganlah memijak bangsa kita sendiri dek kerana bangsa lain kerana tanpa bangsa kita, kita tidak lahir sebagai bangsa Melayu pada hari ini, Kita tak menjadi Perdana Menteri seperti hari ini, Kita tidak berjaya keluar dari kepompong kemiskinan seperti hari ini, kita tidak berjaya menguasai walaupun sekelumit di dalam bidang ekonomi seperti hari ini.

Satu kezaliman terhadap bangsa kita sendiri, kita boleh ibaratkanya umpama 'tali barut' yang menjadi penjajah di zaman pra merdeka dahulu. Melayu di era Presiden AAB memang begitu kalut, tambahan pula Presiden AAB yang menanungi Parti Melayu 'sangat lemah' dari segi kepimpinanya sehingga sanggup menggadai nasib bangsanya sendiri dek kerana keakrabanya dengan LKY Singapura.

Banyak perkara di zaman kepimpinanya hak bangsa Melayu telah hilang, hak negara juga turut hilang sehingga Pulau Batu Putih dapat ditakluk oleh Singapura, apa yang tinggal hanyalah sisa-sisa batu karang untuk kita.

Berapa lama lagi, kita hendak membiarkan bangsa kita dipijak oleh bangsa kita sendiri yang bernama Presiden AAB ini, kalau orang satu negeri beliau boleh zalimi inikan pula kita orang yang berlainan negeri.

Kini tiba masanya "Jika kita sayangkan bangsa sendiri" bertindaklah dengan rasional dengan membuang bangsa kita sendiri yang sanggup memijak bangsanya sendiri demi kuasa. Beranikah diri, tambahkan momentum, padukan suara ubahlah pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Buktikanlah anda sayangkan bangsa anda sendiri. Rapatkan sah, satukan tiga kumpulan gapailah kejayaan.

Ingat "Jika hari ini bangsa kita Perdana Menteri, Mungkin Pada Masa Depan Bangsa Kita Bukan Perdana Menteri, Jika hari ini bangsa kita ada kekuatan politik, Mungkin pada masa depan bangsa kita tiada lagi kekuatan politik" Fikirkanlah dengan menggunakan akal yang waras kurniaan Allah tuhan seru sekian alam. Beranilah berubah!.

0 comments: